Wednesday, 25 April 2012

AWAK VS SAYA



saya pernah cakap dulu yang saya faham apa yang awak buat, keje awak, game awak tue.

sampai sekarang pun saya akan faham malah sampai bila-bila pun akan faham itu.

walaupun kadang-kadang terasa jugak lah.

tapi tak kisah. awak ada hidup awak sebab awak bukan yang sah lagi bagi saya.

saya tak nak halang apa yang awak buat kecuali ada sebab-sebab tertentu saya terpaksa halang awak.

fahamilah saya. fahamilah hati dan perasaan saya.



MASA SILAM MENGHANTUIKU




" AS SOON AS FOREVER IS THROUGH, I'LL BE OVER YOU"

Thank You.

I LOVED YOU.

I HAD.

I let you go.

It's my decision.

the fact is I still can't let go the memories. 

what should I do?

I have HIM now and I love HIM so much.

That's only matter.

Monday, 23 April 2012

HAPPY FAMILY :)




Sangat suka family APIESS STYLOO sebab semua sempoi habis.

yang kak long suara mantap kalah elly mazlin,
yang apiess styloo suara jantan rock
yang ibunya suara maintain
yang abahnya boleh tahan.

suara aku? hahha hancurrrr. okbye.

ape-ape pun, sangat happy dapat spend time dengan family sayang semalam. semua sempoi habis.

terima kasih semua, auntie and uncle. along dan suami. abg awie, dan semualah.

and for my love, HAPPY 26th BIRTHDAY dear.



SETAHUN SUDAH :)



Diam diam berpandangan,
mata bertentang mata.

amboih2 kak kiah, karoke pulak ye? hahha

tidaklah. diam diam dah setahun berlalu. Berlalunya satu peristiwa yang akan aku ingat sampai akhir hayatku. cewahh. hah, nak tahu peristiwa ape?

semestinya peristiwa yang hampir meragut nyawaku serta rakan-rakanku itu. 
Kemalangan kereta yang berlaku pada 18 April 2011 memang akan terpahat di jantungku. hahhha

apatah lagi parut kemalangan masih tersisa di tubuhku. haha sikit je pun.

tapi tetap ada TANDA PERINGATAN yang aku seorang budak nakal dahulu kala. hahha

ALHAMDULILLAH aku masih bernafas, bernyawa dan mampu menghirup udara di dunia ini.

TERIMA KASIH, BERSYUKUR ke atas MU YA ALLAH. Tuhan yang menetukan hidup mati hambanya.

aku telah mendapat pengajaran dan peringatan daripada ENGKAU sebelum aku tersasar jauh dari landasan yang telah Engkau tetapkan untukku.

aku enggan bercerita lebih lanjut tentang perkara ini kerana sesungguhnya akan memberi kelainan kepada ku kelak. 

aku kini hidup seperti biasa walaupun kadangkala terasa kesan nya pada bahu kiri.

tentunya aku kini lebih bahagia kerana berada di sisinya, insan yang paling aku sayang selain keluargaku iaitu ABDUL HAFIZ AMRAN.

cukup sekadar peringatan kepada kawan-kawan lain bahawa, kita hidup di dunia ini sebagai hamba Allah dan jangan pernah melakukan perkara yang tentunya akan membawa kepada kemurkaan YANG ESA.

sekian, terima kasih

xoxo



                                                                                                   





Wednesday, 18 April 2012

TAK PERLU



Aku sedar akan diri ini,
tak perlu nak katakan beribu kali,
sebab hanya diri ini tahu siapa dia sebenar.

Mungkin telah ditakdir begini dan akan kekal begini.

Tak perlu nak menjaga hati ini.
Tak perlu nak bermadah.
Tak perlu nak berselindung.

Hanya yang penting, jujur dan berterus terang.

Aku tahu selamanya aku akan begini.
ibarat, 
"Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong"

Jangan risau sebab aku tahu apa yang akan terjadi.
telah aku tahu sejak azali lagi.
Jangan risau, aku tahu menjaga diri ini.

TERIMA KASIH pada yang sudi berkongsi kasih dengan diri ini.
TERIMA KASIH atas penerimaan insan tidak sempurna ini.
TERIMA KASIH atas segalanya.

* DON'T JUDGE PEOPLE BY THEIR LOOKS, COME INSIDE AND LOOK WHAT THEY HAVE *

XOXO



Monday, 16 April 2012

SAYA TAKUT




Hai semua orang.

lame jugak lah tak jejak tangan kat sini kann, bukan ape, malas nak buat karangan dan otak ni dah habis idea. hehe ye lahh, cuti kan, nak pikir ape?

Saya takut kalau awak tak da kat sisi saya.
Saya takut akan kehilangan awak.
Saya takut akan masa depan saya dan awak.
Saya tak nak fikir negatif walaupun seringkali berfikiran negatif,

hal ini berkaitan dengan perkhabaran yang myrra yaya baru je bagi tahu, hehe

lepas je dapat berita dari myrra yaya tu, hati rasa macam tak sedap je. Mungkin berita baik atau mungkin jugak berita buruk. Tapi yang penting, saya hanya nak tahu berita baik. 

lepas tu cepat-cepat call sayang sebab hati ni memang dah tak tenteram sangat. Sungguh. Hatiku meronta inginkan jawapan dan penjelasan.

Sayang pulak tak bagi respon seperti yang saya nak, bukan nak menenangkan hati yang gundah gelana ni, lagi dia cakap entah. haishh kalau ade depan muka masa tu, memang kena cubit dah laki tue. hahhaha sabar je lah saya nie.

hmm. sayang tolong jangan tinggalkan saya sorang-sorang.
 I need your support in everything I do and every situation I have to face.

I'm forever yours.






Friday, 13 April 2012

Goodbye TEEN, welcome TY






Hey hey hey hey aku tak percaya cinta
aku tak percaya cinta
aku tak percaya C I N T A

eh eh budak kecik ni, nak nyanyi pulak? hee ye lahh, hati tengah senang kann, nyanyi lahh.

yeah, Selamat Tinggal TEEN, Welcome TY.

Ape mksudnye? yee, meh nak habak mai sikit. hee

ye lah dulu kan kalau orang tanya saya umur brape, mesti jawab SEMBILAN BELAS. nampak tak perkataan belas kat belakang tue? hah,
tapi sekarang bila orang tanya, saya akan jawab DUA PULUH.  hah, nampak lagi tak perkataan puluh?
nampak kann?

hah, ade perbezaan yang besar antara BELAS dan PULUH tu pada sesiapa yang tak tahu. bukan perbezaan kecik, tapi sangat BESAR.

kalau bahasa Inggeris nye pulak NINETEEN change to TWENTY.  kan dah berubah kan huruf belakang tu kann?

orang kata, orang kata okay, bukan saya kata. hehe kalau dah masuk angka puluh-puluh tue, kita pun kena berubah seiring angka tue? maksudnya bersikap matang. 

jap, saya macam budak-budak sangat ke? hee tak tahu lah, anda yang menilai.

MUNGKIN. ya, tapi rasa nya macam cepat sangat masa berlalu dan saya pun dah masuk 20 tahun. Alhamdulilah masih kekal bernyawa.

dan saya harap, hubungan baik yang baru 5 bulan terjalin akan kekal sampai akad nikah dan ke akhir hayat saya. Insyallah. 

I'll do my best dear.